Aku + Ku – Shima

Janganlah kau cuba
Genggamku dengan janjimu
Diriku adalah
Oh kepunyaan diriku

Aku bukanlah jambatan emasmu
Dan juga bukanlah hamparan sutera
Bisa melilit tubuhku
Bukanya aku

Janganlah merayu
Pujuk bukan hidangan ku
Ku hanya meneguk
Pada sejati cintaku

Biar merana di mata dunia
Tapi bahagia tetap di jiwa

Pergilah kau dari sisi
Pergilah cari hatimu
Pergilah

Jika engkau bertemu
Erti kasih sejati
Aku merelakan terhadap
Cintamu
Jangan kau bimbang kasihku